loading...

Friday, July 22, 2011

EKSKLUSIF!! Rakaman Video Penuh, Mat Sabu dilanggar Polis



PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan


Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [The Malaysian Insider].



Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.



Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di bawah dengan mata kepala anda sendiri.




Kuang.. Kuang.. Kuang... BOHONG lah lagi...

Kenali juga dan ketahuilah kenapa dan mengapa tiada tindakan oleh pihak berkuasa terhadap Papagomo biarpun beliau diketahui menyiarkan dan menayangkan Video Lucah.. sila baca di

No comments:

Post a Comment